BN-PH Kedah lancar manifesto Khamis ini - Mahdzir
BERITA MOJO 25 JULAI 2023
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kedah bakal melancarkan manifesto pada Khamis sebagai tawaran kepada rakyat negeri ini jika terpilih membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, manifesto yang ditawarkan itu adalah menjaga dan menyantuni semua golongan termasuk nelayan, pesawah, penoreh getah, belia dan wanita selepas kerajaan Kedah pimpinan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor didakwa gagal berbuat demikian sejak tiga tahun lalu.
Menurutnya, manifesto itu juga diyakini mampu membawa kestabilan serta kesejahteraan kepada rakyat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/270013/berita/politik/bn-ph-kedah-lancar-manifesto-khamis-ini---mahdzir
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian