Isu antara PAS dan Bersatu Selangor 'masalah kecil' - Tuan Ibrahim

KiniTV 2022-10-05

Views 547

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengakui wujud isu berbangkit antara partinya dan Bersatu di Selangor, namun menyifatkan ia hanya "masalah kecil".

Menurutnya, apa sahaja isu yang dibincangkan dalam PAS dan Bersatu akan dibawa ke Majlis Presiden Perikatan Nasional.

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai spekulasi hubungan PAS dan Bersatu menjadi dingin ekoran pembahagian jawatan ketua PN di 22 kawasan Parlimen Selangor.

Share This Video


Download

  
Report form