Sertai Bersatu? PAS konsisten bersama Umno - Tuan Ibrahim

KiniTV 2019-07-08

Views 1

PAS memperteguh hasratnya untuk kekal bersama Umno walaupun mendapat undangan daripada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai Bersatu.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata partinya tetap istiqamah dalam pendirian untuk bekerjasama dengan Umno.

"Kita dalam muafakat kita mengalu-alukan semua muafakat parti-parti politik.

"Tetapi kita memang konsisten bersama dengan Umno dalam konsep penyatuan ini," katanya kepada media ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.

Mahathir pada Jumaat lalu mempelawa semua parti Melayu, termasuk Umno menyertai Bersatu dalam usaha menyatukan orang Melayu dan memastikan mereka memenangi pilihan raya umum.

Ini kerana katanya, orang Melayu terlalu berpecah belah dengan kewujudan banyak parti Melayu.

Bagaimanapun, pandangan itu ditolak beberapa pemimpin politik termasuk Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, timbalannya Mohamad Hasan dan AJK PAS Pusat Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Bercakap mengenai penyatuan sebagaimana yang disebut Mahathir, Tuan Ibrahim berkata ia boleh dicapai apabila PAS dan Umno bersatu.

"Bagi kita, penyatuan sebenarnya masih lagi bersama Umno," katanya.

Share This Video


Download

  
Report form