Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) menggantung perlawanan Liga Bola Sepak Utama Indonesia, Liga 1 selama seminggu susulan rusuhan antara penyokong Arema FC dan Persebaya di Stadium Kanjuruhan, Malang pada Sabtu malam.
Ketua Umum PSSI, Mochamad Iriawan dalam kenyataan berkata, pihaknya sedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa Indonesia dalam menyiasat insiden berkenaan.