Keperluan guna tenaga pekerja warga asing di Malaysia ketika ini dalam lingkungan 1.8 juta dan ini merupakan jumlah maksima yang pernah dicapai.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Sumber Manusia memaklumkan sehingga 26 September, pihaknya telah meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing.
Daripada jumlah tersebut 436,613 kuota telah membuat bayaran levi.