Isu kekurangan tenaga kerja asing seperti didakwa sesetengah majikan bukan berpunca daripada Kementerian Sumber Manusia (KSM), sebaliknya masalah di peringkat majikan dan agensi.
Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, sesetengah majikan memilih tenaga kerja asing dari negara sumber tertentu sahaja meskipun kuota dikeluarkan terhad menyebabkan isu itu terus berlarutan.