Seorang pemimpin kanan PAS menyatakan rasa tidak bersetuju dengan langkah Muhyiddin Yassin meletakkan Barisan Nasional sebagai musuh utama Perikatan Nasional.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan, malah melihat tindakan meletakkan sesebuah parti yang sama-sama dalam kerajaan itu sebagai pihak yang berjiwa pembangkang.