Hari pertama kawalan harga minyak masak di seluruh negara menyaksikan tahap pematuhan hampir seratus peratus, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa.
Dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini, Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, ada peniaga yang sanggup menurunkan harga lebih rendah daripada harga kawalan.