Niaga AWANI: Subsidi Diesel: Kadar pematuhan stesen minyak tinggi - Armizan

AWANI 2024-08-06

Views 19

Hasil pemerhatian melalui Ops Kesan 2.0 bagi mengekang aktiviti pencatutan susulan penyasaran subsidi diesel sepanjang dua bulan lepas, telah menyaksikan kadar pematuhan yang tinggi oleh pengusaha stesen minyak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sepanjang 8 Jun hingga 4 Ogos lepas, pihaknya hanya menerima 83 aduan awam rasmi berkaitan isu kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Share This Video


Download

  
Report form