Seleweng Bahan Api | Lima ditahan, 12,000 liter diesel dirampas

AWANI 2022-09-21

Views 0

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel dan merampas 12,000 liter bahan bakar itu dalam serbuan di sebuah stor simpanan haram di Kawasan Perindustrian Krubong, petang Khamis.

Dalam serbuan jam 5 petang khamis itu, lima individu termasuk dua warga asing berusia 20 hingga 40 tahun turut ditahan selain sebuah lori tangki lima tan serta 22 tangki tambahan dirampas.

Share This Video


Download

  
Report form