Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah menumpaskan sindiket penyelewengan barang kawalan diesel dalam satu operasi di sebuah stor tidak bernombor dekat Kampung Kibabaig, Penampang, semalam.
Dalam serbuan jam 5.30 petang itu, tiga lelaki warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan.