Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa campur tangan Perdana Menteri menyelesaikan isu ratusan rakyat Malaysia yang dieksploitasi sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar.
Mereka berpendapat, Ismail Sabri Yaakob, perlu menyelesaikan isu itu bersama ketua negara ASEAN lain berikutan sindiket terbabit dipercayai dilindungi pihak berkuasa Myanmar.
Terdahulu Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) bersama Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (PPSM) dan beberapa NGO lain berkumpul secara aman di hadapan Kedutaan Myanmar di Malaysia sebelum menyerahkan memorandum.
Sumber video: https://www.facebook.com/suarakeadilanofficial/videos/5337848109668365