'Nasi dah jadi bubur Zuraida, pergi tanya Tengku Zafrul'

KiniTV 2020-08-28

Views 19

Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng hari ini meminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin untuk berurusan dengan penggantinya Tengku Zafrul Abdul Aziz mengenai isu projek rundingan terus berkaitan kementeriannya.

Semalam Zuraida mengatakan tidak terlibat dengan dua projek rundingan terus bernilai RM170 juta yang diberikan di bawah kementeriannya.

Setiausaha politik Zuraida, Nor Hizwan Ahmad hari ini pula menegaskan projek itu diuruskan oleh Kementerian Kewangan di bawah menterinya ketika itu, Lim Guan Eng.

Bagaimanapun Lim mengibaratkan perkara itu sebagai 'nasi sudah menjadi bubur' kerana senarai projek telah pun dikeluarkan oleh Tengku Zafrul.

Share This Video


Download

  
Report form