Jualan Gudang Karangkraf, OOTD dapat hadiah!
BERITA SEMASA 26 OGOS 2022
Peraduan 'Snap, Shoot & Win' menawarkan hadiah menarik sempena Jualan Gudang Karangkraf 2022 di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam.
Ketua Pegawai Eksekutif Grup Buku Karangkraf, Firdaus Hussamuddin berkata, hanya 'pose' gambar atau OOTD (outfit of the day) di bangunan Karangkraf atau merakam video berdurasi maksimum 15 saat secara kreatif dan kemudian memuat naik ke media sosial.
Pelbagai hadiah menarik lain ditawarkan antaranya pemenang tempat pertama akan memenangi Perpustakaan Buku Karangkraf bernilai RM1,000 dan sebuah rak buku beserta bekalan pelitup muka dan T-shirt Sinar Harian.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #JualanGudang #SinarHarian