Jualan baju kurung, baju Melayu 'preloved' dapat sambutan

Sinar Harian 2024-04-02

Views 265.8K

Jualan baju kurung, baju melayu 'preloved' dapat sambutan

BERITA SEMASA 2 APRIL 2024

Jualan baju kurung dan baju Melayu terpakai yang berjenama di Pasar Karat Kuala Terengganu yang beroperasi di Dataran Khairunnisa di Kuala Terengganu mendapat sambutan, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Menurut seorang peniaga, Farhana Abdullah, 25, kebanyakan pembeli memilih baju berkenaan untuk berjimat dan dalam masa yang sama dapat memakai pakaian berjenama dan masih berkualiti.

Menurutnya, baju tersebut dilihat sudah tidak asing jika dipakai untuk digayakan pada pagi Syawal.

Farhana berkata, dia menjual lebih 500 pasang baju kurung terpakai pelbagai jenis yang diperolehi daripada 15 pemilik pakaian itu di sekitar negeri ini pada harga RM10 sehingga RM45 sepasang.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #bajurayapreloved #Aidilfitri

Share This Video


Download

  
Report form