Tragedi Baling | Hapuskan tanaman musang king, itu keputusan kerajaan Kedah

AWANI 2022-07-26

Views 0

Soal menghapuskan atau mengekalkan semua 5,000 pokok durian Musang King di atas 52 hektar tanah di Gunung Inas, adalah tertakluk kepada bidang kuasa Kerajaan Negeri, Dewan Rakyat diberitahu pada Selasa.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Kerajaan Persekutuan hanya boleh memberi nasihat atau pandangan teknikal, dan bukannya aktiviti penguatkuasaan, selaras dengan Senarai Kedua, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Share This Video


Download

  
Report form