Penduduk kampung di sekitar Baling mendakwa banjir terburuk yang berlaku kali ini dipercayai berpunca daripada projek mega yang mengusahakan tanaman durian musang king.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Iboi, Abu Hasan Samah berkata, malah penduduk pernah membantah projek berkenaan namun ia tidak diendahkan.