Gaji Minimum | 118 majikan tidak patuhi perintah

AWANI 2022-07-25

Views 0

Setakat 30 Jun lalu, sekurang-kurangnya 118 majikan dikesan tidak mematuhi perintah gaji minimum 2022, yang berkuatkuasa sejak 1 Mei.

Ia dikenalpasti hasil pemeriksaan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) melibatkan 157 aduan terhadap majikan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri S Saravanan, bagaimanapun berkata, setakat tempoh tersebut masih belum ada majikan yang didakwa kerana kesalahan terbabit.

Share This Video


Download

  
Report form