Kerajaan memberi kelonggaran untuk menangguhkan pelaksanaan gaji minumum RM1,500 sehingga 31 Disember ini, terhadap majikan usahawan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) di negara ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, kerajaan membuat keputusan itu selepas mengambil kira tahap kewangan majikan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.