Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang akan membuat penilaian terperinci mengenai permohonan daripada peniaga yang mahu menaikkan harga jualan makanan dan minuman di premis mereka.
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Negeri, A.Mogan berkata, permintaan itu dibuat peniaga selepas mendakwa harga bekalan mentah yang diperoleh mereka berubah-ubah setiap masa.