Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memanjangkan tempoh dan memulakan pelaksanaan Skim Kawalan Harga Maksimum Musim Perayaan (SKHMP) lebih awal menjelang perayaan Krismas.
Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, tarikh pelaksanaan skim kawalan harga ini akan diumumkan pihak kementerian dalam tempoh terdekat.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang dikemukakan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) meminta kerajaan menjelaskan apakah tindakan yang akan diambil supaya harga barangan turun memandangan peningkatan yang berlaku kini menyusahkan rakyat.