Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah menegaskan, perhimpunan jalanan yang dicadangkan seorang pemimpin DAP bukan cara bertanggungjawab dalam mencari penyelesaian membina.
Ini selepas anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali kelmarin menyeru rakyat berhimpun sebagai tanda protes susulan kenaikan kos sara hidup.