Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata, sangat penting untuk sebuah kerajaan stabil menggantikan PN yang didakwanya telah gagal menguruskan negara di tengah-tengah wabak Covid-19.
Menurut bekas ketua menteri Sabah itu, semua pihak dalam pembangkang juga sependapat dalam perkara itu.
Dalam wawancaranya bersama Malaysiakini, Shafie mencadangkan penubuhan kerajaan sementara yang bersatu dan stabil untuk mentadbir negara sehingga keadaan cukup selamat untuk memulangkan mandat kepada rakyat.