Shafie jelaskan mengapa pilih 'Perpaduan' sebagai tema kempen

KiniTV 2020-09-24

Views 1

Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal percaya bahawa mesej perpaduan di negara ini tidak harus berlandaskan bangsa dan agama tertentu, tetapi merangkumi semua rakyat Malaysia.

Itu merupakan sebab mengapa Warisan memilih untuk menggunakan tema 'perpaduan' pada kempen pilihan raya negeri Sabah kali ini.

Shafie tampil dalam program temu bual bersama ahli parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang disiarkan di Facebook malam tadi.

Pada PRU 2018, slogan 'perubahan' menjadi tema kempen Warisan dan parti itu menggunakan motto ‘In God we trust, change we must’.

Kali ini Warisan tampil dengan cogan kata baru, 'In God we trust, unite we must' dan beberapa papan tanda yang memaparkan perkataan 'Unity' (perpaduan) mengiringi potret Shafie dapat dilihat di sekitar Kota Kinabalu.

Sumber video: https://www.facebook.com/watch/live/?v=3300576690061119&ref=watch_permalink

Share This Video


Download

  
Report form