Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bersetuju untuk menangguhkan kongres nasional parti itu yang dijadualkan akhir bulan ini kepada 15 Julai hingga 17 Julai depan.
Menurut sumber dalaman parti, keputusan itu dibuat bertujuan untuk memberi ruang agar audit forensik dapat dijalankan terhadap bantahan yang diterima berkaitan pemilihan parti.