Ketua Pemuda PKR, Akmal Nasir mendedahkan bukti melalui pesanan whatsapp seseorang individu yang berniat untuk mensabotaj Kongres Nasional Keadilan 2019.
"Saya agak terkejut apabila saya didatangi seorang pemberi maklumat mengakui ada usaha merancang keganasan melalui whatsapp.
"Siapa yang hantar mesej ini? Samseng ini bukan budaya kita.
"Saya akan serahkan bukti ini pada pihak polis untuk siasat," katanya ketika ucapan sesi pergulungan Kongres PKR di MiTC, Melaka.
Kelmarin, insiden kekecohan itu tercetus apabila pihak keselamatan cuba menghalang bekas Pengerusi Tetap AMK Mizan Adli Md Noor dari memasuki tempat persidangan.
Mizan Adli kemudian mendakwa ketua sayap parti itu, Akmal Nasir menggunakan gangster untuk menghalang beliau memasuki dewan bagi menyertai Kongres Nasional AMK 2019.