[TERKINI] Sukan SEA Hanoi | Khiew Hoe Yean tamatkan penantian emas skuad renang

AWANI 2022-05-18

Views 0

Perenang muda negara, Khiew Hoe Yean yang sebelum ini telah merangkul pingat perak dalam tiga acara, akhirnya membawa pulang pingat emas selepas memenangi acara 200 meter gaya bebas lelaki di Pusat Akuatik My Dinh.

Perenang yang berasal dari Kuala Lumpur itu rangkul emas dengan catatan masa 1 minit 47.81 saat sekali gus mengatasi tujuh perenang lain dan menambah koleksi pingat emas negara kepada 25.

Share This Video


Download

  
Report form