Pasukan golf negara membutirkan dua lagi pingat pada Sukan SEA Hanoi 2021 hari ini.
Skuad lelaki, K Rhaasrikanesh, Ervin Chang, Marcus Lim dan A Nateeshvar berjaya menyumbang pingat emas dalam acara tersebut selepas menewaskan pasukan Thailand, 2-1 pada aksi akhir, sebentar tadi.
Kemenangan tersebut sekali gus menamatkan kemarau emas 21 tahun bagi acara golf berpasukan lelaki.