Dua anggota trafik yang mengiringi orang awam dalam video tular di Jalan Bukit Gambir, George Town pada Sabtu lalu ditempatkan di bahagian pentadbiran sementara menunggu siasatan tatatertib siap untuk tindakan selanjutnya.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kedua-dua anggota terbabit dilucutkan sementara daripada menjalankan tugasan.