Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) kesal atas tindakan polis yang tidak mematuhi prinsip keistimewaan parlimen kerana menggunakan Akta Hasutan 1948 untuk menyiasat ucapan ahli parlimen di dalam Dewan.
Naib Pengerusi Suhakam, Dr Khaw Lake Tee berkata pihak berkuasa perlu menghormati dan mendukung keistimewaan Parlimen supaya anggota yang dipilih itu dapat menjalankan tugas dan memberi pandangan tanpa rasa takut atau pilih kasih.