Suhakam: Polis mesti hormat hak ahli parlimen

KiniTV 2015-08-06

Views 0

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) kesal atas tindakan polis yang tidak mematuhi prinsip keistimewaan parlimen kerana menggunakan Akta Hasutan 1948 untuk menyiasat ucapan ahli parlimen di dalam Dewan.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada tindakan polis yang menahan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar di bawah Akta Hasutan Isnin lalu kerana membacakan ucapan bapanya, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada persidangan Dewan Rakyat.

Kandungan ucapan itu antara lainnya mengkritik para hakim yang menyabitkan Anwar dengan kesalahan Liwat II.

Share This Video


Download

  
Report form