Ribuan rakyat Malaysia meluangkan hari Ahad mereka dengan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Kompleks Seri Perdana.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah shah turut mencemar duli menghadiri majlis berkenaan.
Selain itu, barisan menteri Kabinet juga hadir ke majlis tersebut yang bermula jam 9.30 pagi tadi.