Rumah Terbuka Aidilfitri di Sri Perdana tidak akan dilaksanakan pada Hari Raya pertama seperti kelaziman, tetapi hanya diadakan pada 8 Mei.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pertukaran tarikh itu bertujuan memberi laluan kepada orang ramai pulang beraya bersama keluarga terlebih dahulu.