Pemilihan penerima Rumah Mesra SMJ bernilai RM70,000 akan dikenal pasti oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di setiap daerah.
Malah tegas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, keutamaan akan diberikan kepada golongan B40 dan kurang berkemampuan.
Katanya, pembinaan 1,500 unit itu akan menggunakan wang geran khas kerajaan pusat bernilai RM125.6 juta.