Mungkin tujuan untuk elak barang kiriman pembeli pecah atau rosak. Namun, tidak sangka ia jadi kes besar hingga melibatkan pihak polis.
Malah tindakan menulis ancaman "jangan campak, ada bom di dalam" itu juga beri suasana tidak tenteram kepada pekerja Lapangan Terbang Miri pada malam Khamis.
Akhirnya, pihak polis dipanggil sebelum bungkusan berisi alat gantian motosikal itu diletupkan atas faktor keselamatan.