Sebuah NGO serantau menggesa campur tangan Kementerian Dalam Negeri untuk membawa banduan hukuman mati Nagaenthran K Dharmalingam kembali ke Malaysia.
Rangkaian Asia Anti-Hukuman Mati (ADPAN) berkata, ia sebagai usaha terakhir untuk menyelamatkan Nagaenthran daripada hukuman mati yang dijadual Rabu depan di Singapura.