Sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya berhenti bermain permainan kotor dengan mencampur-aduk politik dengan industri makanan.
Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao berkata, beliau telah menerima panggilan dari enam restoran yang mengeluh tentang majlis perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memberi amaran kepada mereka supaya menukar tukang masak warga asing mereka kepada orang tempatan.