Kerajaan Perikatan Nasional perlu memiliki keazaman politik untuk menggubal Akta Anti Lompat Parti dalam memastikan tindakan keluar dan menyertai parti lain, oleh sesetengah ahli politik dapat dicegah.
Demikian tegas Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang menyatakan bahawa akta berkenaan hanya memerlukan majoriti mudah, jika dibahaskan di Dewan Rakyat.