Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran mengemukakan usul kepada Dun Selangor bagi meminta undang-undang digubal agar wakil rakyat yang melompat parti mengosongkan kerusi mereka secara automatik.
Beliau telah mengemukakan usul itu kepada pejabat setiausaha DUN di bawah Peraturan Tetap 26 (1) pada 26 Jun melalui sepucuk surat dan telah diterima pada 29 Jun.