Seramai 2,148 individu ditahan di Kedah kerana didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak ia mula dilaksanakan 18 Mac lalu.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Sapii Ahmad, kebanyakan mereka memberi pelbagai alasan remeh seperti rindu kekasih, bosan, hendak tangkap ikan dan bermain gitar.