Jadual perjalanan feri dari Terminal Kuala Kedah ke Pulau Langkawi kekal dengan satu perjalanan setiap hari sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kedah bermula hari ini.
Pengurus Operasi dan Sumber Manusia Konsortium Ferry Line Ventures, Kapten Baharin Baharom berkata, konsortium membuat keputusan itu selepas mengambil kira pengekalan larangan rentas negeri dan daerah.