Selangor menjadi negeri tertinggi merekodkan kes cubaan merentas negeri untuk pulang ke kampung, sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Negeri itu mencatatkan 460 cubaan rentas negeri setakat sabtu, diikuti dengan Melaka dengan 121 kes dan Negeri Sembilan sebanyak 95 kes.