Setakat 18 Mei 2020, sejumlah 250,891 kenderaan telah diperiksa di sekatan jalan raya, dimana 1,633 kenderaan mencuba merentas negeri untuk pulang ke kampung, jelas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya, perjalanan merentas negeri, termasuk laluan udara hanya dibenarkan dengan kebenaran polis.