Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri`Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kini menjalani kuarantin diri selepas tujuh kakitangan Istana Negara disahkan positif COVID-19.
Semua tujuh kakitangan Istana Negara itu sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan kesemuanya berada dalam keadaan stabil.