Seluruh rakyat Malaysia diharap dapat bersama dalam menghayati Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dengan menghadiri acara-acara yang dianjurkan sempena istiadat berkenaan bermula esok.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof, menghayati istiadat itu merupakan merupakan manifestasi untuk rakyat lebih memahami dan menghormati Institusi Raja-Raja dan Yang Di-Pertuan Agong khususnya.