Perkhidmatan membeli-belah gaya hidup pelbagai platform Malaysia, Go Shop telah menjenamakan semula dua saluran melayu.
Go Shop saluran 118 kini membawa nama baharu, "RUUMA" yang memberi tumpuan barangan kelengkapan rumah seperti perabot, aksesori rumah, peralatan dapur dan alat memasak.
Sementara, Go Shop saluran 120 membawa nama GAAYA pula menawarkan produk kecantikan dan gaya hidup, keperluan perjalanan, alat digital dan trend fesyen terkini.