Penularan koronavirus membuatkan pihak Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Langkawi turut mematuhi garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengekang penularan wabak itu.
Pengurus Sumber Manusia & Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom memaklumkan, pihaknya telah berkerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri menempatkan mesin pengimbas sistem gelombang dan suhu badan di pintu masuk di Terminal Feri Kuah, Langkawi.