Pasukan khas pakar perubatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO kini berada di China bagi menyiasat mengenai wabak koronavirus yang bermula di sebuah bandar di republik itu.
Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus memaklumkan, ia menyusul lawatan beliau pada akhir bulan lepas yang bersetuju menghantar misi antarabangsa bagi penyiasatan koronavirus.