Polis SPU tumpaskan geng curi mesin bitcoin

AWANI 2022-03-16

Views 0

Polis Pulau Pinang menumpaskan geng mencuri mesin bitcoin susulan tangkapan 10 suspek dalam beberapa siri tangkapan dalam Ops Pintu sejak September hingga November lalu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek mencuri mesin bitcoin di sebuah stor dekat pusat bandar Bertam, Kepala Batas pada jam 5.10 pagi 27 Ogos lalu.
Dalam kejadian itu, 20 mesin bitcoin yang digunakan untuk 'menjana' wang hilang dan siasatan mendapati ia dijual di pasaran gelap pada harga antara RM200 hingga RM300 seunit berbanding harga sebenar RM3,000 seunit.

Share This Video


Download

  
Report form