Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjelaskan hubungan beliau bersama rakan Ahli Dewan Undangan Negeri dari parti DAP di Perak tiada masalah meskipun video beliau tular baru-baru ini.
Jelasnya, beliau telah menjelaskan kepada kepimpinan tertinggi Bersatu berkenaan apa yang ditularkan.